Bersempena dengan perayaan Krismas untuk bulan Disember ini, hari ini Ubisoft mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan permainan dan DCL percuma buat pemain setiap hari bermula hari ini, iaitu 15 sehingga 19 Disember untuk tarikh tempatan.
Untuk hadiah hari pertama, Ubisoft mengumumkan pek ganjaran khas buat permainan Assassin’s Creed Valhalla di mana di mana ia menyertakan beberapa kostum tambahan termasuklah kostum Bayek untuk pemain guna buat watak Eivor.
Kandungan tersebut boleh digunakan secara terus buat semua platform permainan tersebut dan menurut Ubisoft, bagi anda yang tidak memiliki permainan tersebut, anda juga boleh menebusnya dan menggunakannya kelak apabila anda memiliki permainan tersebut.
Pastikan anda layari laman rasmi Ubisoft setiap hari bermula hari ini melalui pautan di bawah di mana anda hanya perlu log masuk akaun Ubisoft Connect anda. Anda juga boleh menebusnya melalui aplikasi Ubi Connect.
Layari: Ubisoft’s Happy Holidays