Garena sebelum ini sudah mengumumkan yang Cristiano Ronaldo akan menjadi watak untuk permainan pertempuran royale mereka iaitu Free Fire. Hari ini, mereka telah berkongsi lanjut mengenai watak tersebut dan juga Project Chrono yang sudah pun bermula sejak 13 Disember lepas.

Pemain yang membuka Free Fire bermula sekarang akan terus mendapat maklumat baharu mengenai Operation Chrono. Antaramuka permainan juga sudah diubah untuk mengikut tema bagi acara ini, ini termasuk juga peta di dalam permainan ini. Pemain boleh melalui satu portal untuk kembali ke peta lama.

Pemain boleh mula menjadi Chrono ataupun Cristiano Ronaldo bermula pada 18 Disember ini. Beliau mempunyai kebolehan untuk mencipta force shield yang akan menghalang serangan lawan, pemain dan rakan sepasukan yang berada di dalamnya juga akan mendapat peningkatan kelajuan pergerakan.

Pemain juga kini boleh menyelesaikan pelbagai objektif harian untuk misi Chrono untuk mendapatkan pelbagai barangan, selain itu dapat juga mendapatkan barangan kosmetik sama ada dengan membelinya ataupun melalui Faded Wheel.

Dua mod permainan baharu akan disertakan iaitu Cosmic Racer yang sudahpun disertakan bermula pada 13 Disember sehingga 25 Disember, ia akan menyertakan 15 pasukan dan setiap satu pasukan 2 pemain. Satu pemain akan menjadi pemandu, dan seorang lagi akan menjadi penembak.

Mod satu lagi adalah The Chosen One yang akan bermula pada 19 Disember sehingga 31 Disember. Melaluinya seramai 8 pemain akan dibahagikan kepada 2 kumpulan, dan setiap kali membunuh lawan akan mendapat markah. Pasukan yang mendapat 40 markah akan memenangi sesi tersebut.

Semasa acara ini, pemain dapat mencari 3D Token yang boleh digunakan di mesin layan diri di sekitar peta Free Fire. Anda boleh menukarnya untuk mendapatkan senjata ataupun peluru. Anda juga boleh kumpul 5 token untuk mendapat payung terjun.

Garena Free Fire boleh dimuat turun secara percuma di iOS dan Android.

Sohor Kini