Valve telah melancarkan Steam News Hub untuk Steam di Web dan juga aplikasinya di PC, iOS dan Android, melaluinya ia akan menjadi satu hab untuk pemain mengikuti perkembangan terbaru dan juga pengumuman permainan video. Anda boleh mengakses-nya melalui pautan ini untuk web, ataupun dengan menekan ‘News’ di aplikasi.

Jika anda log masuk akaun Steam, ia juga akan menyertakan satu ruang khas untuk melihat berita-berita permainan yang anda ikut ataupun miliki agar lebih mudah untuk mendapat berita terbaur bagi permainan yang anda minat atau main.

Selain berita terus dari penerbit permainan, anda juga boleh mengikut media-media berkaitan untuk mendapat berita terkini daripada mereka, ataupun melihat secara keseluruhan melalui pautan ini.

Sohor Kini