Nintendo hari ini telah berkongsi senarai permainan SNES serta NES yang ditawarkan secara percuma kepada pelanggan Nintendo Switch Online, secara keseluruhan terdapat 5 permainan iaitu 4 untuk SNES dan 1 Nes. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Permainan-permainan yang disertakan adalah Donkey Kong Country 3: Dixie Kong’s Double Trouble!, The Ignition Factor, Super Valis IV dan Tuff E Nuff untuk SNES. NES pula adalah Nightshade. Kesemua permainan ini akan tiba pada 18 Disember melalui aplikasi SNES dan NES bagi Nintendo Switch Online.

Nintendo Switch Online merupakan servis langganan untuk pemilik Switch yang menyertakan pelbagai kelebihan. Harga langgan adalah seperti berikut 1 bulan – $3.99(~RM16), 3 bulan – $7.99(~RM33), 12 bulan – $19.99(~RM82). Disertakan juga pakej untuk keluarga (seramai 7 orang) dengan harga langganan untuk 12 bulan $34.99(~RM144).

Sohor Kini