Bagi anda yang terlepas peluang untuk dapatkan konsol PlayStation 5 dan masih lagi mencari konsol permainan untuk dimainkan ketika penghujung tahun ini, minggu ini Sony menawarkan tawaran diskaun khas untuk berkas konsol PlayStation 4 bersama pelbagai permainan keluaran mereka bermula 14 Disember 2020 sehingga 3 Januari 2021 ini.

Seperti biasa, tawaran-tawaran ini boleh dibeli melalui mana-mana pengedar rasmi PlayStation dan berikut adalah senarai tawaran konsol dan permainan yang diumumkan oleh Sony.

  • PlayStation 4 Mega Pack – RM1,349 RM999
    • Konsol PlayStation 4 1TB
    • 1 Alat kawalan DualShock 4
    • Permainan God Of War (Fizikal)
    • Permainan Horizon Zero Dawn Complete Edition (Fizikal)
    • Permainan The Last Of Us Remastered (Digital)
  • PlayStation 4 Pro Bundle – RM1,799 RM1,349
    • Konsol PlayStation 4 Pro 1TB
    • Permainan God Of War (Fizikal)
    • Permainan The Last Of Us Remastered (Fizikal)

Selain itu, Sony juga menawarkan pelbagai harga promosi untuk permainan-permainan lain dan aksesori alat kawalan DualShock 4 di mana berikut adalah senarai harga yang akan dijual sehingga tahun hadapan.

  • FIFA 21 berkas bersama DualShock 4 – RM399 RM299
  • DualShock 4 (Warna terpilih sahaja) – RM239 RM179
  • Final Fantasy VII Remake – RM239 RM169
  • Death Stranding – RM169 RM119
  • Nioh 2 – RM169 RM119
  • Marvel’s Spider-Man GOTY Edition – RM169 RM119
  • God Of War PlayStation HITS – RM79 RM55
  • The Last Of Us Remastered PlayStation Hits – RM79 RM55
  • Uncharted 4 PlayStation HITS – RM79 RM55
  • Horizon Zero Dawn Complete Edition PlayStation HITS – RM79 RM55
  • Ratchet & Clank PlayStation HITS – RM79 RM55

Bagi anda yang berminat, untuk dapatkan permainan tersebut, anda boleh ke mana-mana pengedar rasmi PlayStation bermula hari ini.

Sohor Kini