Among Us, Skyrim dan MotoGP 20 Diumumkan Untuk Xbox Game Pass

Microsoft telah mengumumkan senarai permainan yang akan tiba di Xbox Game Pass pada pertengahan bulan ini. Walaupun ia tidak se-‘meriah’ senarai untuk awal bulan ini, tetapi ia masih lagi menyertakan pelbagai permainan menarik.

Berikut adalah senarai permainan yang akan tiba pada pertengahan bulan Disember;

  • Morkedd (Xbox, PC, xCloud) – Sudah Tiba
  • The Elder Scrolls V: Skyrim Special Edition (Xbox, xCloud) – 15 Disember
  • Among Us (PC) – 17 Disember
  • Beholder: Complete Edition (Xbox, xCloud) – 17 Disember
  • Code Vein (Xbox, xCloud) – 17 Disember
  • The Dark Pictures Anthology: Man of Medan (PC) – 17 Disember
  • Monster Train (Xbox) – 17 Disember
  • MotoGP 20 (Xbox, PC, xCloud) – 17 Disember
  • Neoverse (Xbox, xCloud) – 17 Disember
  • Wilmot’s Warehouse (Xbox, PC) – 17 Disember

Seperti biasa, mereka juga mengumumkan senarai permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass pada 30 Disember, ia adalah;

  • Farming Simulator 17
  • Football Manager 2020
  • Mortal Kombat X

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini