Riot Games hari ini berkongsi perancangan perancangan esukan mereka bagi League of Legends: Wild Rift 2021 di Asia Tenggara untuk tahun 2021. Selain itu, mereka juga mengumumkan senarai organisasi yang akan membantu penganjuran kejohanan-kejohanan ini.

Mereka akan bermula dengan kejohanan kecil-kecilan bermula Januari sehingga Mac, ia juga akan melibatkan pelajar-pelajar universiti atau kolej. Ia akan diikuti dengan kejohanan untuk mencari juara bagi setiap negara bermula pada April. Selepas semua negara mempunyai wakil, mereka akan bertanding untuk kejohanan peringkat Asia Tenggara.

Berikut adalah antara organisasi yang akan terlibat dengan penganjuran mengikut negara;

Indonesia

  • ONE Up

Malaysia

  • ESL
  • The Gaming Company (Universiti/Kolej)

Philippines

  • Mineski Philippines
  • AcadArena (Universiti/Kolej)

Singapore

  • PGL dan Eliphant

Taiwan

  • Cyber Games Arena
  • Taiwan Mobile dan Bowl Cut Entertainment (Universiti/Kolej)

Thailand

  • ESL

Vietnam

  • VNG

League of Legends: Wild Rift sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android secara beta terbuka.

Sohor Kini