Kemaskini: EA telah mengumumkan secara rasmi yang ahli lembaga pengarah Codemasteres telah bersetuju untuk menerima tawaran daripada EA dengan harga $1.2 bilion (~RM4.86 bilion), Take-Two sebelum ini menawarkan £726 juta ataupun $970 juta. Proses pengambil-alihan ini dijangka selesai pada suku pertama 2021.


Pada minggu lepas, ahli lembaga pengarah bagi Take-Two dan Codemasters telah mencapai persetujuan untuk syarikat induk bagi Rockstar dan 2K mengambil alih Codemasters yang terkenal dengan permainan simulasi perlumbaan kereta dengan bayaran £726 juta.

Proses pengambil-alihan tersebut dijangka akan selesai pada Mac tahun hadapan. Namun, Sky News melaporkan yang EA telah hadir dengan tawaran mereka sendiri. Buat masa ini, jumlah tawaran tidak dinyatakan akan tetapi ia adalah lebih tinggi berbanding tawaran oleh Take-Two.

EA dijangka akan melakukan pengumuman rasmi mengenai tawaran ini esok.

Sohor Kini