Skip to main content

Seperti diumumkan bersama dengan pengumuman Ark 2, Studio Wildcard akan hadir dengan siri animasi berdasarkan permainan tersebut yang akan menjadi penceritaan permulaan untuk Ark: Survival Evolved. Anda boleh tonton video acah untuknya di bawah.

Siri animasi ini akan diarah oleh Jay Oliva iaitu pengarah untuk pelbagai siri animasi Batman dan Justice League. Ia akan ditulis oleh Marguerite Bennett dan Kendall Deacon Davis. Siri ini akan mempunyai 2 musim, 14 episod dan setiap satunya adalah 30 minit. Ia dijangka akan tiba pada tahun 2022.

Ark: The Animated Series juga akan mempunyai senarai pelakon suara yang besar antaranya adalah Gerard Butler, Michelle Yeoh, Elliot Page, David Tennant dan Russell Crowe. Selain itu, Vin Diesel juga akan terlibat, bukan sahaja sebagai pelakon suara, tetapi beliau juga menjadi penerbit eksekutif untuk Ark II dan siri animasi ini.

Leave a Reply