Penggunaan Spotify Di Konsol Meningkat 63% Tahun Ini

Saban tahun, Spotify akan berkongsi Spotify Wrapped mereka untuk berkongsi laporan aktiviti di platform penstriman muzik mereka. Minggu ini, mereka berkongsi pula informasi khusus untuk penggunaan di konsol iaitu PlayStation dan Xbox yang mempunyai integrasi tersendiri.

Menurut mereka, secara global jumlah pengguna yang menggunakan Spotfiy di konsol meningkat sebanyak 55% manakala di Malaysia sahaja ia meningkat sebanyak 63%. Ia juga memperlihatkan peningkatan sebanyak 47% untuk penggunaan pada pukul 6 pagi sehingga 9 pagi.

Bagi pilihan lagu pula, berikut adalah lagu-lagu yang paling banyak distrim di konsol Malaysia;

Artis Paling Banyak Distrim

  • Travis Scott
  • Juice WRLD
  • The Weeknd
  • Post Malone
  • Justin Bieber

Lagu Paling Banyak Distrim

  • Falling – Trevor Daniel
  • death bed – Powfu
  • The Box – Roddy Ricch
  • Roxanne – Arizona Zervas
  • Blinding Lights – The Weeknd

Bagi album muzik berdasarkan permainan video pula, Minecraft – Volume Beta oleh C418, Doom oleh Mick Gordon dan Death Stranding: Timefall oleh Death Stranding adalah paling banyak distrim.

Aplikasi Spotify menjadi makin popular di konsol mungkin kerana ia boleh digunakan di latar semasa anda bermain permainan video. Ia mungkin juga kerana satu-satunya peranti yang terdapat di ruang tamu.

Sohor Kini