SEGA dan Amplitude Studios ketika acara The Game Awards 2020 semalam mengumumkan satu lagi permainan baharu yang dibangunkan oleh mereka selain Humankind iaitu Endless Dungeon.
Menurut mereka, permainan tersebut akan dilancarkan di konsol dan PC, namun tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.
Endless Dungeon adalah eprmainan penembak taktikal yang memfokuskan pemain untuk bertempur dengan pelbagai jenis tanpa henti secara berperingkat di mana ia juga kelihatan memfokuskan bentuk multi-pemain secara koperasi.
Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.