Mihoyo hari ini telah mengumumkan maklumat lanjut mengenai kandungan yang akan tiba melalui kemaskini 1.2 untuk permainan Genshin Impact mereka. Berikut adalah 5 perkara menarik yang disertakan;

  • Kawasan baharu – Buat pertama kalinya sejak dilancarkan, Genshin Impact akan menerima kawasan baharu iaitu Dragonspine iaitu satu kawasan bergunung yang sejuk beku. Ia berada di selatan Mondstadt. Dragonspine akan menyertakan pelbagai penjahat, peradaban, bahan mentah, artifact dan juga resipi untuk senjata.
  • Sheer Cold – Dragonspine merupakan satu kawasan yang sentiasa bersalji dan sejuk, oleh itu pemain juga akan mempunyai perkara baharu untuk diperhatikan iaitu Sheer Cold. Semasa bertempur dan mengembara, pemain mesti memastikan sentiasa di keadaan suhu yang normal.
  • Acara Bermusim Baharu – The Chalk Prince and the Dragon merupakan acara baharu yang akan disertakan bersama kemaskini ini. Acara ini akan berlaku di Dragonspine, di mana pemain akan menyertai Albedo untuk menyiasat mengenai senjata Festerin Desire. Menyelesaikan acara ini pemain akan mendapat Festering Desire dan juga pelbagai ganjaran lain.
  • Watak Baharu – Kemaskini ini akan menyertakan dua watak yang bertaraf 5 bintang iaitu Albedo dan Ganyu, kedua-duanya akan terlibat di dalam acara di atas. Penceritaan tersendiri untuk Ganyu juga akan turut disertakan.

Kemaskini ini akan tiba kepada semua pemain pada 23 Disember 2020. Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 (keserasian belakang), PC, iOS dan Android. Ia boleh didapati secara percuma tetapi menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini