September lepas Capcom mengumumkan dua permainan Monster Hunter baharu akan tiba di konsol Switch iaitu Monster Hunter Rise dan Monster Hunter Stories 2: Wing Of Ruins.

Ketika acara The Game Awards 2020 sebentar tadi, Capcom berkongsi satu video acah baharu untuk permainan Monster Hunter Rise dan pada masa yang sama, mereka juga mengumumkan demo khas akan tiba di Nintendo eShop pada bulan Januari ini untuk tempoh masa terhad.

Seperti yang kami laporkan, Monster Hunter Rise merupakan permainan baharu buat siri Monster Hunter yang mana ia mempunyai pelbagai elemen pemburuan raksasa berdasarkan siri tersebut dan ia boleh dimainkan secara solo ataupun multi-pemain. Melaluinya, ia memperkenalkan lokasi baharu, peneman Palamute dan juga fungsi baharu iaitu Wirebug di mana pemain boleh bergerak dengan lebih pantas seolah satu cangkuk.

Selain itu, Monster Hunter Rise juga memperkenalkan pelbagai barisan watak baharu dan juga acara khas The Rampage yang mana pelbagai raksasa akan menyerangkan perkampungan Kamura dan pemain perlu menumpaskan raksasa untuk mempertahankan perkampungan tersebut.

Monster Hunter Rise akan dilancarkan pada 26 Mac 2021 ini dan pra-tempah kini bermula di mana pemain boleh dapatkan edisi Deluxe khas yang menyertakan beberapa kostum tambahan dan juga edisi Collector’s.

Sohor Kini