Among Us Menerima Peta Baharu Pada Awal Tahun Depan – The Airship

InnerSloth yang memenangi dua anugerah ketika The Game Awards 2020, telah berkongsi peta baharu untuk permainan tersebut iaitu The Airship, seperti yang diumumkan oleh mereka sebelum ini. Ia akan tiba sekitar awal tahun 2021.

Di dalam peta ini, ia akan menyertakan jenis task baharu, cara untuk pemain bergerak seperti tangga, dan platfom yang bergerak. Selain itu, pada permulaan sesi permainan, pemain perlu mengundi untuk memilih tempat permulaan.

Among Us sudah dilancarkan untuk PC, iOS dan Android. Ia juga diumumkan akan disertakan di dalam Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini