Seperti anda sedia maklum, Ruined King: A League Of Legends Story merupakan permainan yang memfokuskan penceritaan yang berdasarkan League Of Legends diumumkan tahun lepas.

Terkini, ketika acara The Game Awards 2020 sebentar tadi, Riot Forge dan Airship Syndicate akhirnya mempertontonkan bentuk permainannya secara rasmi.

Seperti yang diperlihatkan di atas, Ruined King mempunyai bentuk pertempuran secara turutan yang sedikit sebanyak mengingatkan kami akan satu lagi permainan oleh Airship Syndicate iaitu Battle Chaser: Nightwar.

Selain daripada pengembaraan yang dunia yang luas dengan pelbagai kandungan dan aktiviti sampingan, Airship Syndicate juga menyatakan permainan ini menyertakan penceritaan pelbagai ganjaran buat pemain yang mengumpul penceritaan kisah di dalamnya. Anda juga boleh melihat informasi lanjut berkenaan permainan ini di sini.

Ruined King: A League Of Legends Story akan dilancarkan di konsol PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam dan Epic Games Store sekitar tahun hadapan.

Sohor Kini