Ketika acara The Game Awards yang baru sahaja berlangsung sebentar tadi, ZA/UM telah mengumumkan Disco Elysium: The Final Cut iaitu versi penambahan untuk Disco Elysium yang dikeluarkan pada tahun lepas.
Versi The Final Cut ini akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, dan PC pada Mac 2021. Manakala untuk Xbox dan Switch akan dikeluarkan sekitar suku kedua tahun depan.
Berikut adalah antara penambahan yang disertakan melalui versi ini;
Disco Elysium sudah dikeluarkan untuk PC sejak tahun lepas di mana semasa The Game Awards 2019 mereka telah memenangi empat anugerah iaitu Permainan Dengan Naratif Terbaik, Permainan RPG Terbaik dan Permainan Indie Terbaik dan Pembangun Indie Baharu Terbaik.