Epic Games Store minggu ini menawarkan dua permainan untuk tawaran permainan percuma mingguan mereka. Ia adalah Pillars of Eternity Definitive Edition dan Tyranny – Gold Edition kedua-duanya adalah permainan yang dibangunkan oleh Obsidian Entertainment.

Pillars of Eternity Definitive Edition adalah permainan CRPG yang sudah dikeluarkan sejak tahun 2015 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Versi Definitive Edition menyertakan kesemua DLC yang tiba untuk permainan ini.

Tyranny – Gold Edition juga mempunyai bentuk permainan seakan Pillars of Eternity dan telah dikeluarkan pada pada tahun 2016 untuk PC. Gold Edition menyertakan kesemua DLC dan juga penambahan yang tiba untuknnya.

Kedua-dua permainan ini boleh ditebus sehingga 18 Disember 2020 sebelum digantikan dengan permainan misteri. Di mana Epic Games akan memberikan satu permainan percuma setiap hari.

Sohor Kini