Skip to main content

Saber INnteractive dan Boss Team Games hari ini mengumumkan permainan berdasarkan siri Evil Dead akan tiba di konsol PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Switch dan PC menjelang tahun hadapan.

Evil Dead: The Game merupakan permainan multi-pemain koperasi di mana pemain berupaya untuk bermain watak-watak daripada siri Evil Dead seperti Ash Williams, Arthur dan sebagainya untuk bertempur dengan pelbagai musuh-musuh zombi dan raksasa dari siri tersebut.

Kami di Aksiz pasti akan berkongsi informasi lanjut setelah ia diumumkan.

Leave a Reply