Disney hari ini menganjurkan ‘Hari Pelabur’ untuk studio mereka dan telah melakukan pelbagai pengumuman mengenai perancangan kandungan bagi tahun-tahun depan. Antara yang diumumkan adalah FX Network sedang membangunkan siri TV Alien untuk Hulu.
Buat masa ini tidak disahkan jika ia akan menjadi penceritaan susulan kepada siri filem ataupun akan membawa ke satu latar masa dan latar tempat yang berbeza. Ia akan dihasilkan oleh Noah Hawley iaitu pencipta untuk siri Fargo.
Filem Alien pertama kali dikeluarkan pada 1979 diarahkan oleh Ridley Scott diikuti Aliens yang diarahkan oleh James Cameron pada 1986. Ia kemudian menerima 4 lagi filem termasuk juga filem sampingan iaitu Prometheus.