CD Projekt hari ini telah mengumumkan yang Cyberpunk 2077 telah di pra-tempah sebanyak 8 juta unit. Pengumuman ini adalah tidak mengejutkan selepas CD Projekt sebelum ini mengumumkan yang jumlah pra-tempah untuk permainan ini adalah lebih tinggi berbanding The Witcher 3.

Sebelum ini kami sudah melaporkan yang Cyberpunk 2077 telah mencatat lebih 1 juta pemain serentak di Steam. Dengan mengambil kira, ia juga dikeluarkan di platform lain, termasuk juga kedai dalam talian lain untuk PC, ini adalah pencapaian yang baik tetapi sudah dijangkakan.

Selain itu, CD Projekt juga berkongsi yang daripada 8 juta tersebut, 74% adalah secara digital dan 26% secara fizikal. Manakala bagi pecahan bagi platform pula, PC adalah 59% dan 41% adalah untuk konsol. Ini menjadikan 4.72 juta di PC, dan boleh dikatakan sebagai permainan PC terlaris mengatasi World of Warcraft: Shadowland sebelum ini.

Dengan pelbagai laporan mengatakan yang ia tidak boleh dimainkan dengan baik di PS4 biasa dan Xbox One S, mungkin tidak semua daripada 8 juta tersebut berpuas hati dengan permainan yang mereka dapat.

Cyberpunk 2077 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini