Pengarah Komunikasi Remedy Entertainment Thomas Puha telah mengatakan yang permainan aksi pengembaraan Control telah terjual sebanyak 2 juta unit sejak dilancarkan pada 27 Ogos tahun lepas. Ia adalah berdasarkan perkongsian Remedy bersama dengan pelabur.

Selain itu, beliau juga mengatakan yang jualan terbaik adalah pada bulan November lepas, berkemungkinan kerana pelbagai jualan promosi dianjurkan bersempena dengan Black Friday terutama yang ditawarkan sekarang adalah Control Ultimate Edition yang boleh dinaik taraf percuma ke versi konsol generasi baharu.

Control sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC. Ia akan menerima versi PlayStation 5 dan Xbox Series pada tahun depan. Switch juga ditawarkan melalui versi cloud.

Sohor Kini