Marvel’s Spider-man: Miles Morales menyertakan dua pilihan grafik untuk PlayStation 5, iaitu Fidelity Mode menggunakan tetapan resolusi 4K, ray tracing dan kadar kelancaran 30FPS. Satu lagi mod adalah Performance Mode menggunakan tetapan resolusi 4K dan kadar kelancaran 60FPS.

Melalui kemaskini terbaru untuknya, mereka menyertakan pilihan grafik ketiga, iaitu Performance RT Mode, di mana ia memfokuskan untuk menyertakan ray tracing tetapi mengekalkan kadar kelancaran 60FPS, untuk mencapai prestasi ini, mereka terpaksa mengorbankan dari segi resolusi.

Marvel’s Spider-Man: Miles Morales sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, dan PlayStation 5. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini.

Sohor Kini