Skip to main content

Youtube hari ini telah mengumumkan yang mereka mempunyai satu tahun yang baik bagi kandungan berdasarkan permainan video ataupun Youtube Gaming. Sepanjang tahun 2020 ini mereka telah mencatat 100 bilion jam tontonan untuk video dan 10 bilion jam untuk penstriman langsung.

Selain itu, mereka juga mengumumkan terdapat 40 juta channel yang memfokuskan kepada kandungan permainan video, daripada jumlah tersebut;

  • 80 ribu channel mempunyai 100 ribu subscriber
  • 1000 channel mempunyai 5 juta subscriber
  • 350 channel mempunyai 10 juta subscriber

Bagi permainan popular pula berikut adalah permainan yang mempunyai jumlah tontonan terbanyak;

  • Minecraft – 201 Bilion
  • Roblox – 75 Bilion
  • Garena Free Fire – 72 Bilion
  • Grand Theft Auto V – 70 Bilion
  • Fortnite – 67 Bilion

Manakala untuk permainan yang paling banyak ditonton secara langsung adalah seperti berikut;

  • Minecraft
  • Garena Free Fire
  • Fortnite
  • Grand Theft Auto V
  • PUBG Mobile

Terdapat pelbagai lagi maklumat yang dikongsi oleh Youtube termasuk juga video-video popular pada tahun ini. Anda boleh baca laporan penuh di pautan ini.

Leave a Reply