Valve hari ini melancarkan kemaskini untuk klien Steam yang menyertakan pelbagai penambahan. Di antaranya adalah sokongan untuk alat kawalan PlayStation 5 iaitu DualSense.

Sokongan untuk DualSense sudah tiba sejak bulan lepas, akan tetapi melalui kemaskini ini, ia menyokong fungsi-fungsi lain seperti trackpad, gyro, bar lampu dan juga getaran (rumble). Namun, buat masa ini ia masih tidak menyokong picu penyesuaian.

Alat kawalan DualSense boleh didapatkan secara berasingan dengan harga RM349.

Sohor Kini