IO Interactive Berkongsi Video Bentuk Permainan Hitman 3

IO Interactive semalam telah berkongsi video bentuk permainan untuk Hitman 3, iaitu permainan ketiga dan terakhir bagi siri trilogi Hitman ini. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Seperti mana permainan Hitman yang lain, ia memfokuskan kepada pelbagai cara dan juga peralatan yang boleh digunakan oleh Agent 47 untuk menyelesaikan mana-mana kontrak pembunuhan. Video itu juga memperlihatkan beberapa kawasan berbeza yang akan menjadi peringkat bagi permainan ini.

Manakala PlayStation pula telah mengumumkan yang ia akan menyokong fungsi adaptive trigger DualSense, yang akan memberikan perasaan menggunakan senjata api yang lebih realistik.

Hitman 3 akan dikeluarkan pada 20 Januari 2020 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia menyertakan naik taraf percuma untuk versi konsol dan boleh di pra-tempah bermula sekarang.

Sohor Kini