Selepas Atlus secara tidak sengaja berkongsi video acah untuk Persona 5 Strikers pada minggu lepas, hari ini mereka akhirnya mengumumkan secara rasmi yang Persona 5 Strikers untuk pasaran global akan tiba pada 23 Februari 2021 untuk PlayStation 4, Switch dan PC.

Persona 5 Strikers ataupun Persona 5 Scramble: The Phatom Strikers telah dilancarkan di Jepun pada Februari lepas, ia memfokuskan bentuk permainan beraksi seakan siri permainan warriors ataupun musou. Ia dibangunkan oleh Omega Force iaitu pembangun untuk Hyrule Warriors: Age of Calamity.

Walaupun menyertakan bentuk permainan yang berlainan, akan tetapi ia akan mempunyai penceritaan susulan untuk siri Persona 5. Anda boleh pra-tempah permainan ini bermula pada 10 Disember 2020.

Sohor Kini