Skip to main content

Telltale Games minggu ini mengumumkan yang mereka telah menyenaraikan semula beberapa permainan lama mereka iaitu Wallace & Gromit’s Grand Adventures, Strong Bad’s Cool Game for Attractive People dan Telltale Texas Hold’em! untuk PC melalui pelbagai kedai seperti Stream, GOG dan Green Man Gaming.

Wallace & Gromit’s Grand Adventures adalah permainan point & click be-episodik berdasarkan watak yang dicipta oleh Nick Park. Ia dikeluarkan pada tahun 2009 tetapi sebelum dinyah-senarai pada tahun 2014 kerana lesen pengedaran tamat.

Strong Bad’s Cool Game for Attractive People juga merupakan permainan point & click episodik berdasarkan watak daripada Homestar Runner, dan Telltale Texas Hold’em! pula adalah permainan Poker melawan AI yang setiap-nya mempunyai dialog tersendiri.

Di Steam anda boleh dapatkan Wallace & Gromit serta Strong Bad’s Cool Game for Attractive People boleh dapatkan dengan harga RM32, dan Telltale Texas Hold’em! dengan harga RM12.50.

Leave a Reply