Skip to main content

Kejohanan Hearthstone 2020 World Championship bermula pada 12 Disember 2020 yang akan memperlihatkan 8 pemain terbaik daripada 4 benua iaitu Amerika, Asia Pasifik, China dan Eropah akan bertanding untuk merebut hadiah terkumpul $500 ribu.

Selain memperlihatkan sokongan, anda juga boleh memilih pemain kegemaran dan mendapatkan pek kad secara percuma bergantung kepada prestasi pemain tersebut semasa kejohanan. Anda boleh memilih melalui pautan ini. Ia mesti dilakukan sebelum 13 Disember.

Berikut adalah senarai pemain mengikut setiap benua;

  • Amerika
    • Bloodyface
    • Monsanto
  • Asia Pasifik
    • Bankyugi
    • Glory
  • China
    • Syf
    • XiaoT
  • Eropah
    • Jarla
    • SilverName

Anda akan mendapat satu pek pada permulaan dan satu lagi pek setiap kali pemain tersebut memasuki pusingan yang seterusnya.

Leave a Reply