Skip to main content

SNK hari ini berkongsi satu video khas yang mana mereka mengumumkan permainan perlawanan seterusnya, King Of Fighters XV akan dilancarkan. Permainan perlawanan King Of Fighters XIV sebelum ini dilancarkan pada 2016 lepas.

Menurut video acah di atas, penerbit permainan tersebut iaitu Yasuyuki Oda dan pengarha kreatif Eisuke Ogura memperlihatkan logo pertama dan beberapa lakaran watak seperti Kyo Kusanagi dan Benimaru Nikaido akan tiba di dalam permainan tersebut termasuklah watak Shun’ei, Leona dan K.

Selain itu, pasukan pemain di dalam permainan King Of Fighters akan sedikit berbeza berbanding eprmainan sebelum ini. Pada masa yang sama, mereka juga mengumumkan video acah penuh akan diperlihatkan pada 7 Januari 2021 ini.

Mereka juga mengumumkan beberap watak baharu untuk musim ketiga bagi permainan Samurai Shodown iaitu salah satunya adalah watak daripada siri The Last Blade dan satu lagi watak baharu.

Leave a Reply