Ubisoft hari ini mengumumkan pendaftaran kini dibuka untuk pusingan kelayakan bagi Tom Clancy’s Rainbow Six Invitational 2021 untuk merebut 4 slot (1 slot setiap benua) menyertai 16 pasukan yang sudah menempah tempat melalui liga dan juga 6 kejohanan Majors sebelum ini.

16 pasukan yang sudah layak ke kejohanan ini adalah seperti berikut;

  • BDS Esport
  • TSM
  • Cloud9
  • Ninjas In Pyjamas
  • DarkZero Esports
  • Team Liquid
  • Giants Gaming
  • Spacestation Gaming
  • Team oNe eSports
  • Virtus.pro
  • Wildcard Gaming
  • Team Empire
  • FaZe Clan
  • Oxygen Esports
  • G2 Esports
  • MIBR

Tom Clancy’s Rainbow Six Invitational 2021 akan berlangsung di Eropah pada bulan Februari ini. Ia akan dilakukan secara luar talian, tetapi akan mengikut pelbagai SOP yang ketat termasuk juga tidak akan mempunyai penonton.

Kejohanan kali ini akan menawarkan hadiah terkumpul berdasarkan 30% daripada pendapatan untuk jualan Battle Pass Road to S.I 2021, ia akan dihadkan setakat $3 juta, selebihnya akan digunakan untuk pembangunan kejohanan esukan di masa hadapan.

Bagi anda yang berminat untuk mendaftar bagi pusingan kelayakan ini, anda boleh membaca maklumat lanjut di pautan ini; http://www.rainbow6.com/SI2021qualifiers

Sohor Kini