Kalypso Media mengumumkan yang mereka kini memiliki secara penuh studio pembangun Realmforge Studios, sebelum ini mereka memiliki 60% pegangan.

Kalypso juga akan memberikan tanggungjawab untuk membangunkan kandungan tambahan bagi permainan Tropico 6 kepada mereka, bermula dengan penambahan Caribbean Skies yang akan tiba pada 16 September ini. Tropico 6 asalnya dibangunkan oleh Limbic Entertainment.

Realmforge Studios sudah bekerjasama dengan Kalypso Media lebih sedekad dan mereka terkenal dengan permainan Dungeon 3 yang dikeluarkan pada tahun 2007.

Sohor Kini