Pengurus Besar BioWare Casey Hudson dan Penerbit Eksekutif Dragon Age Mark Darrah mengumumkan yang mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan Bioware selepas lebih 20 tahun di studio pembangun tersebut.

Ketua Pegawai Studio EA, Laura Miele mengesahkan pemergian dua nama besar tersebut, tetapi memberi jaminan yang projek-projek BioWare seperti Dragon Age 4, Anthem dan juga Mass Effect tidak akan terjejas, di mana setiap-nya sudah mempunyai pasukan tersendiri.

Manakala pencarian untuk Pengurus Besar pula sedang dilakukan dan mereka akan mencari pengganti yang akan menghargai warisan bagi studio tersebut.

Sohor Kini