Skip to main content

Atlus hari ini telah memuat naik video acah untuk Persona 5 Strikeryang memperlihatkan ia akan tiba secara global pada 23 Februari 2021, namun video tersebut telah di nyah-senarai, mungkin kerana ia sepatutnya dikongsi pada tarikh yang lain.

Persona 5 Strikers ataupun Persona 5 Scramble: The Phatom Strikers telah dilancarkan di Jepun pada Februari lepas, ia memfokuskan bentuk permainan beraksi dan berlainan berbanding permainan asal Persona 5, namun bagi penceritaan ia dikatakan adaalah susulan kepada permainan asal.

Berdasarkan video acah tersebut, ia juga memperlihatkan logo Steam, menandakan selain PS4 serta Switch, ia juga akan dikeluarkan untuk PC.

Leave a Reply