Pada tahun lepas, Sony telah menamatkan integrasi di antara PlayStation 4 dan Facebook yang kesannya tidak lagi membolehkan pemain untuk memuat naik gambar dan juga video terus ke Facebook dari konsol. Pemain juga tidak boleh mencari rakan melalui akaun Facebook.
Kini, DualShockers telah melaporkan yang gambar serta video yang telah dimuat naik sebelum penamatan integrasi tersebut juga didapati telah dipadamkan oleh Facebook. Perkara tersebut adalah berdasarkan perkongsian di Reddit sebulan yang lepas, namun berdasarkan pencarian kami, terdapat juga pengguna Reddit yang menyatakan perkara yang sama setahun yang lepas.
Oleh itu, kami boleh katakan yang selepas berakhirnya integrasi rasmi, Facebook tampaknya mula memadamkan sebarang perkongsian sebelum ini. Buat masa ini tidak disahkan jika ia adalah keputusan Facebook ataupun permintaan dari Sony.