Adam Sandler adalah pelakon komedi yang baik. Tetapi kebanyakan filem-filem beliau mempunyai lawak hambar, komedi yang tidak menjadi dan menerima banyak kritikan. Ada juga laporan menyatakan, Adam Sandler sengaja menghasilkan filem-filem yang tidak berkualiti. Walaupun begitu, ini tidak bermakna Adam Sandler tidak mempunyai peminat.
Kebanyakan filem Adam Sandler, boleh distrim pada Netflix. Antara yang terbaru adalah Hubie Halloween, Uncut Gems (serius) dan Murder Mystery (parodi Murder On The Oriental Express). Terkini, pengguna Netflix dilaporkan telah menghabiskan selama lebih 2 bilion jam menonton filem-filem Adam Sandler. Ini adalah sekitar 228310.5 tahun jumlah tontonan.
Majoriti tontonan ini adalah daripada menonton filem Hubie Halloween. Filem ini menerima tarikan yang baik kerana banyak petunjuk mengenai filem-filem Adam Sandler lain disertakan. Peminat setia pasti akan nampak apakah petanda tersebut dan berasa gembira.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda meminati filem-filem Adam Sandler?
Sumber: Variety VIP+, melalui Cinemablend