Smash.GG iaitu platform pengurusan kejohanan esukan telah mengumumkan yang mereka telah diambil-alih oleh Microsoft, tetapi tidak dinyatakan kos pengambil-alihan tersebut.
Namun, mereka menegaskan yang Smash.GG akan terus beroperasi secara sendiri, tetapi akan mendapat pelbagai sokongan serta sumber daripada pasukan Microsoft Content Services.
Smash.gg telah ditubuhkan sejak tahun 2015 dan menjadi platform untuk penganjuran lebih 6000 kejohanan esukan yang melibatkan pelbagai permainan berbeza seperti Super Smash Bros. Ultimate, Rocket League dan Fortnite.