Fall Guys Bakal Menerima Kostum Doom Slayer

Fall Guys sering hadir dengan kostum daripada pelbagai siri permainan lain, sebelum ini kita ada menerima Sonic the Hedgehog dan juga Untitled Goose Game. Hari ini, mereka telah mengacahkan yang kostum seterusnya mungkin adalah Doom Slayer daripada siri permainan Doom.

Akaun Twitter rasmi permainan tersebut sekadar memperlihatkan bayangan kostum, akan tetapi ia telah di kongsi oleh akaun Twitter Doom sendiri, mengesahkan yang ia adalah kostum Doom Slayer.

Buat masa ini tidak disahkan lagi bila kostum ini akan tiba, tetapi apabila ia tiba kelak seperti biasa akan memerlukan 10 Crowns untuk mendapat set penuh, 5 Crowns untuk setiap satu bahagian.

Fall Guys sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini.

Sohor Kini