Sepanjang bulan ini, Predator iaitu jenama permainan video oleh Acer membawa kembali kejohanan After 5 Gaming League di mana ia menempatkan pemain-pemain daripada pekerja syarikat dan bermain untuk merebut wang hadiah.

Hujung minggu lepas, kejohanan bagi permainan Dota 2 telah pun tamat dengan kejohanan bagi pasukan Neverfade dari syarikat Xin Sheng Electric And Hardware di mana terdapat 16 pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.

Untuk meneruskan kejohanan tersebut, bermula hari ini sehingga 5 Disember 2020 ini, Predator akan meneruskan dengan permainan PUBG Mobile di mana ia akan berlangsung secara langsung melalui Facebook rasmi After 5 Gaming League pada jam 8 malam ini. Bagi anda yang ingin memberi sokongan kepada pemain, anda boleh menontonnya kelak.

Melalui kejohanan tersebut, Predator menjanjikan pelbagai hadiah menarik seperti produk-produk Predator iaitu kerusi Predator Gaming Chair, fon kepala dan tetikus.

Kejohanan tersebut akan tamat pada 5 Disember 2020 untuk pusingan akhir di mana ia akan menempatkan pelbagai pasukan untuk merebut juara.

Selain itu, Predator juga mengumumkan Chuchu Gaming dan Sir Cloud juga akan mengulas kejohanan tersebut secara langsung ketika ia berlangsung lewat hari ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh menonton acara tersebut secara rasmi malam ini di Facebook rasmi After 5 Gaming League dan memberi sokongan buat pemain-pemain yang menyertainya.

Sohor Kini