Ketika acara PUBG Mobile Pro League (PMPL) untuk peringkat Asia Tenggara musim kedua, Rich Brian merupakan salah satu tetamu khas yang menyerikan lagi acara tersebut dan hari ini, pembangun mengumumkan kolaborasi khas bersama beliau di mana pemain boleh dapatkan pelbagai pek suara Rich Brian disamping muzik baharu beliau iaitu “Love In My Pocket” yang boleh didengar di dalam permua tersebut.
Selain dari pek suara dan muzik, pemain juga boleh menonton video kolaborasi khas melalui acara muzik Double Happiness: Winter Wonder Festival oleh 88Rising di mana ia memperlihatkan muzik video khas kolaborasi antara Rich Brian dan PUBG Mobile.
PUBG Mobile semestinya menjadi salah satu permainan ikonik di Malaysia dengan pelbagai kemaskini menarik disamping dengan perancangan yang sangat besar untuk arena esukan menjelang tahun hadapan dengan wang hadiah sehingga RM50 juta.
Bagi anda yang masih belum bermain PUBG Mobile, ia boleh dimainkan secara percuma di iOS dan Android.