Bulan lepas, Ubisoft mengumumkan kemaskini seterusnya untuk permainan Tom Clancy’s Rainbow Six Siege iaitu Operation Neon Dawn di mana hari ini ia akhirnya dilancarkan secara rasmi.
Menurut Ubisoft, kemaskini ini merupakan kemaskini musim terakhir untuk tahun kelimat permainan tersebut di mana ia menyertakan watak Operator baharu seperti Aruni dan juga kemaskini untuk peta Skyscraper.
Melalui Operation Neon Dawn ini, pemain yang memiliki pas musim kelima permainan ini, akan terus menerima kemaskini watak Arunia di mana ia boleh terus dimainkan. Manakala bagi pemain lain, anda boleh dapatkannya dengan menggunakan kredit R6 bermula 8 Disember 2020 ini.
Dari segi kandungan percuma, Ubisoft mengumumkan kemaskini peta Skyscraper adalah percuma dan pas musim tahun kelima dan musim keempat ini boleh dibeli sehingga 22 Februari 2021 ini.
Seperti biasa, kemaskini musim baharu ini juga akan menyertakan pelbagai ganjaran lain seperti kostum-kostum tambahan bersama 100 peringkat baharu yang pemain boleh dapatkan dengan sejumlah kredit R6 tambahan.
Menariknya, bersempena dengan pelancaran watak Operator baharu ini, Ubisoft menyatakan ia merupakan acara amal keenam untuk program Sixth Guardian di mana bermula hari ini, setiap pembelian pemain serendah $6(~RM25) melalui permainan ini dari segi keuntungan akan didermakan kepada badan kebajikan Thee AbleGamers.
Pada masa yang sama, Ubisoft juga mengumumkan kemaskini penaik-tarafan visual untuk konsol PlayStation 5 dan Xbox Series juga dilancarkan secara rasmi hari ini dengan sokongan resolusi 4k dan kadar bingkai sesaat sebanyak 120FPS seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Rainbow Six Seige telah pun dilancarkan beberapa tahun lepas dan kini ia menerima pelbagai kemaskini dan sokongan dari Ubisoft di mana ia boleh dimainkan melalui konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series, Xbox One dan juga PC.