Rayark dilaporkan akan mengeluarkan Deemo Reborn untuk Switch pada 18 Disember ini, bersama dengan versi iOS dan juga Android yang kini boleh di pra-tempah melalui App Store dan juga Play Store.

Versi permainan mudah alih ia akan ditawarkan dengan harga RM12.90, tetapi juga akan menyertakan pembelian di dalam aplikasi untuk kandungan tambahan manakala versi Switch, ia masih tidak disenaraikan secara rasmi di NIntendo eShop tetapi dilaporkan berharga lebih kurang RM100.

Permainan rentak muzik ini sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan juga PC. Deemo juga bakal menerima filem animasi.

Sohor Kini