Skip to main content

Hari ini Ubisoft mengumumkan kemaskini baharu untuk permainan For Honor bersempena dengan tahun keempat dan juga musim keempat permainan tersebut.

Melaluinya, mereka memperkenalkan watak Gryphon di mana ia akan dilancarkan pada 10 Disember 2020 ini di mana ia akan meletakkan 28 jumlah watak yang pemain boleh mainkan di dalam permainan tersebut.

Gryphon merupakan satu pendekar dari Order Of The Lawbringers dan beliau salah seorang yang bertempur bersama Apollyon ketika di Blackstone Legion. Dengan senjata galah kapak Bardiche, Gryphon semestinya mempunyai ruangan serangan yang luas di samping mempunyai bentuk pertempuran yang sangat berkuasa dan pantas.

Menurut Ubisoft, watak Gryphon boleh dibeli dengan harga $7.99(~RM33) mengikut platform pilihan pemain di mana ia akan menyertakan beberapa kostum tambahan secara bersama termasuklah status Champion selama tujuh hari. Selain itu, pemain juga boleh dapatkan watak ini dengan menyah-kuncinya dengan 15,000 unit Steel bermula 24 Disember 2020 ini.

Menurut Ubisoft, informasi lanjut watak Gryphon bersama kandungan musim keempat untuk tahun keempat akan dikongsikan lebih lanjut malam ini pada jam 1 pagi di saluran rasmi Twitch For Honor di mana mereka juga akan menyertakan ganjaran khas buat penonton.

For Honor merupakan permainan aksi perlawanan yang memfokuskan pelbagai pendekar berdasarkan pelbagai tamadun. Ia memfokuskan bentuk multi-pemain dan telah pun dilancarkan pada 2017 lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply