Skip to main content

Blizzard hari ini mengumumkan watak baharu Hogger kini akhirnya tiba buat permainan Heroes Of The Storm secara rasmi di mana ia adalah watak berkelaskan Bruiser.

Bagi anda yang bermain dan mengetahui berkenaan dunia Warcraft, anda pasti mengetahui ketua puak Riverpaw Gnolls ini di mana ia adalah seekor Hyena jadian yang mempunyai serangan yang sangat kuat dengan senjata bebola besinya.

Dengan tibanya Hogger di dalam permainan Heroes Of The Storm, Blizzard juga menyertakan pelbagai kemahiran dan salah satu kemahiran utamanya ialah Loott Hoard di mana ia akan membaling barang rampasan di dalam peta permainan dan kemudian pemain boleh mengutipnya untuk menyembuhkan nyawa pemain.Selain itu, Hogger juga mempunyai kuasa serangan yang sangat kuat dan berupaya untuk memperlahankan musuh dan juga menerkam ke arah musuh.

Bagi anda yang berminat untuk mengguna Hogger, anda boleh berbuat demikian di dalam permianan Heroes Of The Storm di mana ia boleh dimainkan di PC secara percuma melalui Battle.net.

Leave a Reply