Nexon hari ini mengumumkan kemaskini baharu untuk permua Maple Story M yang mana ia menyertakan watak kelas baharu iaitu Demon Avenger dan ia boleh diakses untuk semua pemain.
![](https://aksiz.com/wp-content/uploads/2020/12/MSMW-382-201125-Demon-Avenger-Social-and-PR-Banners-400x220d-2.jpg)
Demon Avenger merupakan watak kelas baharu yang mempunyai kemahiran khas bersama sayap “Demon Wing”. Selain itu kelas watak ini juga mempunyai kemahiran untuk tingkatkan nilai nyawa ketika bertempur dengan menggunakan kemahiran sembuh “Blood Pact”.
Menariknya, bersempena dengan pelancaran watak ini, Nexon juga menyatakan terdapat acara khas di mana pemain yang log masuk hari ini sehingga 8 Disember ini akan dapatkan ganjaran khas untuk memudahkan mereka meningkat peringkat watak pemain. Selain itu, pemain juga boleh dapatkan ganjaran lain sehingga 12 Januari 2021 kelak bersama dengan peningkatan peringkat secara tiga kali sehingga tarikh yang sama.
Pada masa yang sama, pada 17 Disember ini, Nexon juga mengumumkan kemaskini khas yang mana pemain boleh dapatkan label Master baharu dengan pelbagai acara-acara permainan bermusim.
Maple Story M merupakan permainan RPG berbentuk dua dimensi di mana ia adalah berdasarkan siri permainan Maple Story yang sangat terkenal sebelum ini. Dengan pelancarannya sebagai versi permua, ia menerima pelbagai kandungan dan bagi anda yang berminat, ia boleh dimuat-turun secara percuma di iOS dan Android.