Football Manager 2021 adalah permainan seterusnya untuk siri simulasi pengurusan bola sepak oleh Sports Interactive dan Sega ini. Bagi pengeluaran tahun ini, mereka juga membawanya ke konsol Xbox, di mana ia telah dikeluarkan pada 1 Disember lepas.
Menariknya, edisi Xbox ini akan menyokong fungsi Xbox Play Anywhere iaitu melalui satu pembelian anda boleh bermain-nya di semua platform Microsoft iaitu Xbox One, Xbox Series dan PC dengan menggunakan akaun Xbox yang sama. Pemain juga boleh menggunakan fail simpanan yang sama.

Tawaran ini adalah terhad untuk Football Manager 2021 Xbox Edition sahaja yang dijual melalui Xbox Store ataupun Microsoft Store, ia tidak disertakan untuk pembelian di tempat lain seperti Steam ataupun Epic Games Store.
Football Manager 2021 sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Ia juga akan tiba untuk Switch sekitar bulan ini.