Hari ini, Google telah menerbitkan senarai-senarai pemenang untuk anugerah Best of 2020. Dalam anugerah ini terdapat banyak permua, aplikasi, buku digital, filem yang disenaraikan. Aplikasi terbaik dalam Google Platy Store pada tahun 2020 adalah Disney+.
Apple turut hadir dengan anugerah yang sama, iaitu App Store Best of 2020. Kedua-dua Apple dan Google dilihat menobatkan permua Genshin Impact sebagai permua terbaik tahun 2020. Nampaknya nasib Disney+ juga sama, kerana ia turut menerima anugerah aplikasi Apple TV terbaik 2020. Mengejutkan, Apple TV+ sendiri tidak tersenarai dan Disney telah menewaskan banyak platform penstriman video yang lain.