Seperti tahun-tahun yang lepas, Apple kembali lagi dengan senarai aplikasi terbaik untuk peranti mereka iaitu iPhone, iPad, Mac dan Apple TV. Secara keseluruhan terdapat 6 kategori yang melibatkan permainan. Berikut adalah pemenang-pemenangnya;

  • Permainan iPhone Terbaik: Genshin Impact
  • Permainan iPad Terbaik: Legends of Runeterra
  • Permainan Mac Terbaik: Disco Elysium
  • Permainan Apple TV Terbaik: Dandara Trials of Fear Edition
  • Permainan Apple Arcade Terbaik: Sneaky Sasquatch
  • Reinventing Play: Pokemon Go

Google melalui senarai mereka sendiri untuk Play Store, turut memilih Genshin Impact sebagai permainan terbaik bagi tahun ini. Pencapaian ini tidak mengejutkan kerana sejak dilancarkan pada 28 September lepas, ia boleh dikatakan sebagai permainan yang menjadi sebutan ramai dan menerima penerimaan yang positif, kami sendiri sangat menyukainya.

Bagi jumlah pendapatan pula, Sensor Tower telah membuat anggaran yang sejak dikeluarkan ia telah menjana lebih RM1.6 bilion setakat ini, di mana 57.5% adalah daripada pengguna peranti Apple.

Legends of Runeterra pula adalah permainan kad digital berdasarkan League of Legends yang baru sahaja dilancarkan pada Mei lepas, diterbitkan oleh Riot Games. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini.

Sohor Kini