Skip to main content

Avatar: The Last Airbender boleh dikatakan antara siri istimewa untuk ramai peminat siri animasi. Sambungan siri tersebut iaitu The Legend of Korra juga menerima penerimaan yang baik. Kedua-dua siri diterbitkan oleh Nickelodeon.

Walaupun, Avatar telah lama ditawarkan di Netflix, akan tetapi tidak untuk Korra. Hari ini, akaun Twitter rasmi Netflix Malaysia telah mengacahkan yang siri tersebut akan tiba pada 15 Disember ini.

The Legend of Korra pertama kali disiarkan pada tahun 2012 iaitu lebih 4 tahun selepas episod terakhir untuk Avatar: The Last Airbender. Ia memfokuskan kepada Korra yang menjadi Avatar seterusnya selepas Aang. Terdapat 4 musim secara keseluruhan atau 52 episod.

Leave a Reply