Ryan Hernandez merupakan penggodam yang telah membocorkan maklumat mengenai Nintendo Switch sebelum ia diumumkan secara rasmi pada tahun 2016.

Perkara tersebut telah membuatkan beliau disiasat oleh FBI. Pada waktu itu, tiada tangkapan dilakukan sebaliknya FBI meminta dia menghentikan segala aktiviti haram tambahan dia pada waktu itu masih bawah umur.

Namun, dia meneruskan aktiviti haram dan FBI memulakan semula siasatan pada tahun 2018 yang membawa kepada FBI menjumpai pelbagai kandungan pornografi kanak-kanak yang dimiliki olehnya.

Dia mengaku salah untuk kedua-dua kesalahan tersebut, dan sebagai sebahagian daripada rundingan pengakuan bersalah, dia dihukum penjara selama 3 tahun, dan perlu membayar $259,323 kepada Nintendo.

Sumber: The Verge

Sohor Kini