Skip to main content

Sensor Tower telah berkongsi laporan jumlah pendapatan untuk permainan mudah alih sepanjang 28 September sehingga 28 November, 28 September dipilih kerana ia adalah tarikh Genshin Impact dilancarkan.

Sepanjang 2 bulan ini, 5 permainan mudah alih dengan kutipan tertinggi adalah Arena of Valor($467 juta), Genshin Impact($393 juta), PUBG Mobile($384 juta), Pokemon GO($238 juta) dan Coin Master($229 juta).

Genshin Impact pada bulan pertama pengeluaran iaitu 28 September sehingga 28 Oktober, mencatat pendapatan sebanyak $245 juta (~RM1 bilion) dengan kata lain, sepanjang 28 Oktober sehingga 28 November, ia telah mencatat $148 juta (~RM600 juta).

Mengikut negara, pemain di China penyumbang tertinggi iaitu 30%, diikuti Jepun 25% dan Amerika Syarikat 18.8%. Bagi platform pula, App Store mendahului dengan 57.5% dan selebihnya Play Store. Jumlah kutipan ini tidak mengambil kira pembelian secara terus ataupun melalui gedung aplikasi pihak ketiga.

Genshin Impact sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PC, iOS dan Android. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini.

Leave a Reply